Perkataan ‘tamadun’ dalam konsep Islam ditafsirkan sebagai perubahan atau kemajuan masyarakat Islam yang merangkumi pelbagai aspek seperti budaya, falsafah, bahasa, sains teknologi dan banyak lagi aspek perbezaan antara tamadun yang pernah wujud sekitar abad yang lalu.
Bagi menyokong usaha kerajaan dalam pelaksanaan pembelajaran subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) untuk pelajar institusi pengajian tinggi, Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) telah menyediakan bahan rujukan melalui kaedah pembelajaran simulasi iaitu video berdurasi pendek dan beberapa artikel berkaitan bagi membantu para pelajar meningkatkan pemahaman terhadap tamadun yang utama di Asia iaitu tamadun Islam, India dan China.
Perkongsian rujukan bahan kajian yang dilampirkan juga adalah bertujuan untuk membantu pelajar supaya lebih kreatif dalam pelaksanaan projek yang berkaitan.
Download the activity sheet: