Mari terokai LIMA motif sulaman tekat berdasarkan koleksi di Muzium Kesenian Islam Malaysia!
Tekat merupakan salah satu seni tekstil warisan Melayu yang ulung. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Asal-usul dan perkembangan awal tekat dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga diraja dan istana. Hingga hari ini, seni sulaman tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak dan Negeri Sembilan.