loader

Tamadun Islam dalam Bidang Seni Bina


Mengikut Sukatan Matapelajaran Sejarah Tingkatan 1

Penglibatan muzium melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat menarik minat pelajar terhadap subjek Sejarah. Oleh itu, Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) mengambil inisiatif ini untuk menyediakan sumber dan bahan rujukan dalam talian yang boleh digunakan oleh guru atau pengajar bagi menggalakkan penglibatan aktif dalam mempelajari Sejarah. Bahan rujukan dan aktiviti yang disediakan ini dapat menjana pemikiran kritis dan juga dapat membina pemikiran aras tinggi.

Kad aktiviti ini boleh digunakan oleh guru Sejarah (menengah rendah) di dalam kelas. Objek atau artifak yang terdapat di dalam aktiviti ini adalah koleksi milik MKIM. Para guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar atau menggunakan aktiviti ini tanpa perlu hadir ke muzium. Walaubagaimanapun, melalui lawatan yang diadakan, pelajar akan mampu melihat sendiri koleksi yang ada dan cuba mengaitkan dengan pelajaran yang telah mereka pelajari. Koleksi yang dipamerkan di muzium mampu memberikan gambaran yang jelas mengenai peristiwa yang berlaku dan bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. 

Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun kit aktiviti:-

  1. Panduan Guru
  2. Kad Aktiviti
  3. Projek Uji Kefahaman
Connect with us
Copyright © 2023 Islamic Arts Museum Malaysia. All Rights Reserved
homecrosschevron-up