Peranan Ukiran dan Hiasan pada Hulu dan Sarung Keris
A talk by Adiguru Norhaiza Noordin
A keris is not a keris if it does not have its hilt and sarong. A beautiful keris is a perfectly ‘dressed’ keris, complete with sarong and hilt. This talk unravels the definition of keris as a self-complementary garment, a spirit-boosting companion as well as a benchmark for the nation's personal identity and culture, especially for the Malays. The art of engraving on keris is a reflection of the artisan's personality, community, nation and civilization. Through the keris, we can see the greatness of a government, different groups of communities, and the connection between art and culture in nation and religion.
Norhaiza Noordin is an esteemed traditional wood craftsman active in Kelantan and Terengganu. Highly acclaimed locally and internationally, Norhaiza was awarded Anugerah Tokoh Kraf Negara in 2022.
This talk will be delivered in Malay. For more information, contact us at 03-2092 7031/7032 or email education@iamm.org.my.
Keris: Power and Identity is now running from 2 December 2022 until 13 March 2023 at Special Gallery 2, IAMM.
Peranan Ukiran dan Hiasan pada Hulu dan Sarung Keris
Wacana oleh Adiguru Norhaiza Noordin
Tidak dinamakan keris jika tanpa hulu dan sarong. Seelok-elok sebilah keris adalah sempurna pakaiannya, lengkap bersarong dan berhulu. Sesi wacana ini merungkai definisi keris sebagai pakaian pelengkap diri, pendamping penguat semangat juga sebagai penanda kepada identiti peribadi dan budaya bangsa khususnya kepada bangsa Melayu. Seni ukiran pada keris adalah refleksi kepada peribadi tukang, masyarakat, bangsa dan tamadun. Melalui keris, kita dapat lihat kehebatan sesebuah kerajaan, rumpun masyarakat yang berbeza dan hubungkait seni, adat dan budaya dalam sesuatu bangsa dan agama.
Norhaiza Noordin adalah tukang kayu tradisional yang ternama yang bergiat di Kelantan dan Terengganu. Menerima pengiktirafan tinggi pada peringkat tempatan dan antarabangsa, Noorhaiza menerima Anugerah Tokoh Kraf Negara pada tahun 2022.
Wacana ini akan disampaikan dalam bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di 03-2092 7031/7032 atau e-mel education@iamm.org.my.
Keris: Kuasa dan Jatidiri sedang berlangsung dari 2 Disember 2022 sehingga 13 Mac 2023 di Galeri Khas 2, MKIM.