Apakah itu Tanjak?
Tanjak merupakan perhiasan kepala yang dipakai sejak turun temurun dan daripada segi bahasanya tanjak bermaksud 'tanah yang dipijak'. Tanjak dikenali sebagai tengkolok, kuluk, destar dan semutar. Panggilan-panggilan ini tertakluk kepada daerah, kawasan atau negeri.
Menurut buku Destar Alam Melayu yang ditulis oleh Dr. Dr H.C Johan Iskandar, Tanjak adalah hiasan kepala yang menggunakan bahan dari kain dan wajib mempunyai bahagian simpul, tapak, bengkung dan karangan atau solekan. Bentuk kainnya wajib bersegi empat yang dilipat menjadi segitiga sebagai simbol 'gunungan'.