Keris Gayang
Minangkabau, Sumatera
Abad ke 18 - 19 Masihi
Keris buatan emas ini melambangkan simbol kebesaran diraja dimana emas dikhaskan kepada golongan diraja. Keris gaya Minangkabau turut mendapat tempat di Semenanjung Melayu khususnya di Negeri Sembilan. Pengaruh Minangkabau dengan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan amat kuat dan dapat dilihat dari penggunaan adat Perpatih termasuk sistem Raja dan adat-istiadat yang diwarisi dari masyarakat Minang di Sumatera. Ironinya, bagi keris ini, Sumatera khususnya di Padang kaya dengan emas dan merupakan pusat penghasilan barangan berasaskan emas yang penting di Asia Tenggara ketika zaman kemegilangannya. Ia juga merupakan pusat perkembangan Islam yang penting yang wujud setelah kejatuhan kesultanan Melaka.