Model Masjid Tengkera
Melaka
Masjid sebenar dibina sekitar tahun 1726 Masihi
Masjid Tengkera dibina ketika zaman pemerintahan Belanda di Melaka yang menggabungkan gaya senibina Melayu, Cina, Sumatera dan Jawa. Syeikh Abdul Lathif bin Haji Muhammad Nuruddin merupakan antara ulama tersohor dari Tengkera dan jasad beliau dikebumikan di tanah perkuburan Tengkera. Kesultanan Melaka merupakan tapak penting kedatangan dan perkembangan Islam di Dunia Melayu dan berterusan sehingga abad ke-18 mewujudkan variasi unik pengaruh yang didapati dari dunia Islam yang lain yang dapat dilihat pada keindaham senibinanya.