Surat dari Syeikh Abdul Rahman bin Muhammad Saman Kelantan yang menetap di Mekah untuk mempelajari seni khat Thuluth dan gaya ragam hias Uthmaniyyah
Mekah
1866 Masihi
Kewujudan komuniti Jawi (umat Islam dari Asia Tenggara) yang berhijrah ke Tanah Hijaz untuk menimba ilmu pengetahuan agama merupakan faktor utama perkembangan dan pengukuhan agama Islam terutamanya pada abad ke-18 dan ke-19. Surat ini menggambarkan pengalaman Syeikh Abdul Rahman bin Muhammad Saman belajar ilmu khat gaya Istanbul ( Uthmaniyyah) di Mekah dan berguru dengan ramai ulama dari Dunia Melayu yang menetap di sana.