Cincin Cop Mohor Sultan Zainal Abidin ibn al-Sultan Ahmad almarhum 1299 (Sultan Zainal Abidin III)
Terengganu
1881 Masihi
Kesultanan Terengganu merupakan sebuah kesultanan yang menunjukkan kepentingan peranan ulama dalam membantu pentadbiran Sultan. Terdapat ramai para ulama yang lahir di Terengganu dan berkhidmat dengan institusi diraja. Tok Syeikh Duyong memegang jawatan selaku Mufti dan Tok Ku Paloh memegang jawatan Syeikhul Islam sewaktu pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.