Al-Qur’an diraja Terengganu
Terengganu
1871 Masihi
Al-Qur’an yang mempunyai ragam hias yang berwarna keemasan ini dipercayai dihasilkan untuk istana Terengganu dimana berdasarkan tarikh yang dicatat, berkemungkinan sewaktu zaman pemerintahan Sultan Baginda Omar (1806-1876). Sultan Baginda Omar merupakan pemerintah yang amat dekat dengan ajaran Islam dan merupakan anak didik Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas.