Matawang perak dari zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa II
Kedah
1728 Masihi
Negeri Kedah merupakan antara negeri terawal menerima kedatangan Islam dan menggunakan sistem matawang yang berpandukan kepada sistem matawang Islam yang berasaskan emas dan perak. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II merupaakan Sultan Kedah ke-19 yang dicatatkan mengembara segenap Asia Tenggara sehingga ke India bersama gurunya Syeikh Abdul Jalil. Matawang perak ini mengandungi kalimah 'Sultan Muhammad Jiwa Khalifah Al-Rahman' di bahagian muka hadapan dan 'Bibalad Kedah Darul Aman sanat 1141' di bahagian muka belakang menampilkan ciri-ciri matawang Islam yang turut digunapakai di dunia Islam yang lain.