loader

Bengkel Lukisan Seni Kaligrafi dengan Teknik Stensil


26 February 2024  
10.00 pagi – 2.00 petang
Bengkel Pendidikan, Muzium Kesenian Islam Malaysia
RM130.00*

Maklumat Bengkel


Hasilkan karya lukisan yang indah dan unik dengan sentuhan kaligrafi yang menakjubkan!

Serlahkan kreativiti anda dengan mempelajari teknik stensil khat dengan cara yang mudah. Melalui teknik ini, anda dapat menghasilkan karya lukisan seni kaligrafi kanvas dalam tempoh 4 jam sahaja. Di dalam bengkel ini juga, anda akan diperkenalkan dengan beberapa teknik yang boleh diaplikasikan untuk menghasilkan lukisan kanvas yang cantik dan sangat sesuai untuk menghiasi ruangan anda.

Info Tenaga Pengajar

Prof. Madya Dr. Nor Azlin Hamidon merupakan seorang pensyarah dan penggiat seni khat Islam tanah air yang meminati dan mengkaji seni kaligrafi Islam secara khusus dan kesenian Islam secara amnya. Beliau merupakan Presiden Persatuan Karyawan Kaligrafi dan Jawi Malaysia (KALIMA) dan Timbalan YDP Persatuan Seni Khat Kebangsaan. Berpengalaman lebih 20 tahun, beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar seni khat di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) dan NB Design Gallery di Puncak Alam.

Bengkel hanya akan dijalankan apabila bilangan peserta melebihi 10 orang.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Bahagian Pendidikan di alamat emel education@iamm.org.my atau hubungi kami di talian 03-2092 7033. Anda berminat? Daftar sekarang di sini.


*Kanvas bersaiz 60cm x 60cm, material lukisan lain dan sijil penyertaan akan disediakan

Connect with us
Copyright © 2023 Islamic Arts Museum Malaysia. All Rights Reserved. 
hometagcalendar-fullclockcrosschevron-up