Maklumat Bengkel
Terokai aplikasi di dalam telefon bimbit anda untuk menghasilkan karya Kufi Murabba’ dengan mudah!
Belajar asas Khat Kufi Murabba’ cara mudah dan santai tanpa perlu pen khat, dakwat dan kertas. Kini peserta berpeluang belajar dengan hanya menggunakan aplikasi dari telefon pintar android atau iOS, sesuai dengan keperluan masa kini dan perkembangan teknologi. Di dalam bengkel ini peserta akan diperkenalkan cara mengendalikan aplikasi, huraian dan latihan kaedah huruf tunggal dan bersambung, serta kaedah menyusun ayat yang betul. Jenis khat ini banyak digunakan untuk hiasan dinding dan bangunan. Ciri-ciri dan bentuknya yang moden sangat sesuai untuk dijadikan berbagai jenis corak dan logo.
Info Tenaga Pengajar
Fadil Sulaiman adalah seorang penulis, pereka dan penggiat seni khat Islam tanah air yang berpengalaman lebih 20 tahun. Beliau merupakan tenaga pengajar seni khat di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM). Beliau juga telah dilantik sebagai salah seorang panel pembina modul seni khat Islam, iaitu National Occupational Skills Standard (NOSS).
Bengkel hanya akan dijalankan apabila bilangan peserta melebihi 10 orang.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Bahagian Pendidikan di alamat emel education@iamm.org.my atau hubungi kami di talian 03-2092 7033. Anda berminat? Daftar sekarang di sini.
*Modul dan sijil penyertaan disediakan
**Terbuka kepada pelajar berumur 11 tahun ke atas dan orang dewasa
***Peserta dikehendaki membawa telefon pintar dan alat pengecas