
In conjunction with the Busana: Traditional Costumes of the Malay World, this workshop offers participants an opportunity to explore the making of the Baju Kurung, a traditional Malay attire that reflects cultural identity, craftsmanship, and refinement. Guided by Puan Athirah, participants will be introduced to the fundamental principles of Baju Kurung construction, including an understanding of form, structure, and basic techniques involved in its creation.
Throughout the two-day workshop, participants will gain hands-on experience while deepening their appreciation of traditional dressmaking practices. Participants are required to bring their own fabric, with cotton fabric recommended, allowing flexibility in personal design and material selection. This workshop is suitable for individuals with an interest in traditional attire, textiles, and heritage-based crafts.*Limited to 15 participants only.
*Participants are required to bring their own fabric; cotton fabric is recommended (allowing flexibility in personal design and material selection).
To register click here.
BENGKEL BAJU KURUNG
Bersempena Pameran Busana: Pakaian Tradisional Dunia Melayu, bengkel ini memberi peluang kepada peserta untuk mendalami pembuatan Baju Kurung, busana tradisional Melayu yang melambangkan identiti budaya, kehalusan seni dan kemahiran jahitan. Dibimbing oleh Puan Athirah, peserta akan diperkenalkan kepada asas pembinaan Baju Kurung, termasuk kefahaman tentang potongan, struktur dan teknik asas dalam proses pembuatannya.
Sepanjang bengkel dua hari ini, peserta akan memperoleh pengalaman praktikal sambil meningkatkan penghargaan terhadap amalan pembuatan busana tradisional. Peserta perlu membawa kain sendiri, dengan kain kapas (cotton) digalakkan, bagi memberi ruang kepada pemilihan bahan dan rekaan mengikut kesesuaian masing-masing. Bengkel ini sesuai untuk individu yang berminat dalam busana tradisional, tekstil dan kraf warisan.
*Terhad kepada 15 orang peserta sahaja.
*Peserta perlu membawa kain sendiri, dengan kain kapas (cotton) digalakkan, bagi memberi ruang kepada pemilihan bahan dan rekaan mengikut kesesuaian masing-masing.