Matawang timah ketika zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.
Melaka
Abad ke-15 Masihi
Matawang dari zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah ini mempamerkan ciri-ciri Islamik iaitu penggunaan gelaran Muzzafar Shah Al-Sultan di bahagian muka hadapan serta Nasir al din wa al Dunya di bahagian muka belakang. Penggunaan timah sebagai matawang depercayai bermula pada zaman baginda Sultan Muzaffar Shah yang memerintah sekitar tahun 1446 - 1459. Penggunaan penggunaan gelaran serta gaya tulisan Arab padanya menunjukkan pengaruh Arab dan India yang dibawa oleh para pedagang Islam dari wilayah-wilayah terbabit.